YONG WUI CHUNG ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3

PARLIMEN MALAYSIA, 22 Ogos – YB Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung, Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun di Dewan Negara, di sini.
 
YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara bersalaman dengan YB Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung sebelum Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara.
 
Upacara itu berlangsung di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.
 
Pelantikan YB Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung, 53, adalah untuk kali pertama, berkuat kuasa hari ini.
 
Memiliki Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil dari Universiti South Dakota State, Amerika Syarikat, YB Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung menyifatkan pelantikannya sebagai satu penghargaan dan berjanji akan memberi keutamaan kepada pelbagai isu rakyat tidak kira sama ada di peringkat nasional atau Sabah.
 
Sementara itu, YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran berharap ahli politik dari Sabah tersebut dapat bersama-sama memperkasakan imej Parlimen sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabangsa.


Galeri Bergambar - http://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=977&cod=gallery

Kemaskini Terakhir pada: 12 September 2017 | Hits: 2714

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.028 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my