Jawatankuasa Pemilih ditubuhkan di bawah Peraturan Mesyuarat 70, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara. Jawatankuasa ini dilantik pada awal setiap penggal Parlimen dan bertanggungjawab menjalankan kewajipan yang diuntukkan baginya oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan apa-apa perkara lain yang diserahkan kepadanya oleh Majlis dari satu masa ke satu masa.
Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang Ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis. Jawatankuasa ini hendaklah memaklumkan kepada Majlis dengan mengeluarkan satu penyata apabila seseorang Ahli Majlis dilantik jadi Ahli sesebuah Jawatankuasa.
Jawatankuasa Pemilih tidak berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis membuat keputusan memberi kuasa untuk berbuat demikian
Keanggotaan Jawatankuasa Pemilih Bagi Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas adalah seperti berikut:
Kemaskini terakhir pada: 25 Jun 2026 | Hits: 61032
www.parlimen.gov.my