SEKRETARIAT
Pengenalan
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-
BAHAGIAN PENGURUSAN
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
FUNGSI BAHAGIAN
Menguruskan hal-hal pentadbiran Parlimen dalam pelaksanaan perkara-perkara berikut:-
- Mengurus hal-hal perkhidmatan kakitangan.
- Mengurus hal-hal perjawatan dan penstrukturan organisasi.
- Mengurus sistem HRMIS.
- Mengkaji Training Needs Analysis, menyedia Pelan Operasi Latihan dan melaksanakan in-house training serta kursus anjuran agensi luar.
- Mengurus dan menyelaras peperiksaan perkhidmatan.
- Urusetia kepada Lembaga Naik Pangkat, Tatatertib dan Panel Pembangunan Sumber Manusia.
- Mengurus pengurusan aset dan inventori Jabatan.
- Menyedia anggaran, mengurus dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan Jabatan bagi VOT BO1, TO5 dan TO6.
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksaan Belanjawan, Pengurusan Kewangan & Akaun, Pengurusan Aset Kerajaan.
- Mengurus perakaunan Jabatan ,e-SPKB, BV552, BV500, BV381, Akaun Pertubuhan Antarabangsa (CPA, IPU, AFPPD).
- Mengurus Akaun Akruan selaras dengan sistem yang diperkenalkan oleh Jabatan Akauntan Negara.
- Mengurus sistem e-jari.
- Mengurus percetakan dan penjilidan secara in-house.