SEKRETARIAT
Pengenalan
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-
BAHAGIAN HAL EHWAL AHLI PARLIMEN
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
FUNGSI BAHAGIAN
- Mengurus dan memproses elaun dan kemudahan Ahli Parlimen berdasarkan Akta 237 Tahun 1980 dan Kertas Statut 95, 102 dan 235 Tahun 1983
- Menyemak dan mengkaji cadangan Akta dan Kertas Statut
- Mengemaskini data Ahli Parlimen