Kajian Kepuasan Pelanggan ini dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan yang telah diterima sepanjang berada di Kompleks Parlimen Malaysia.Orang ramai adalah disaran untuk memberikan maklum balas berpandukan pengalaman/ perkhidmatan yang diterima bagi menilai mutu perkhidmatan, kecekapan dan profesionalisme warga Parlimen Malaysia. Ini adalah selaras kepada manifestasi Parlimen Malaysia ke arah "Merakyatkan Parlimen".Justeru, pandangan/ cadangan/ maklum balas/ penghargaan anda amat dihargai bagi membantu Parlimen Malaysia ke arah kualiti perkhidmatan serta pemerkasaan penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih baik.
Kemaskini Terakhir:
19 September 2026

|

Hits:
141

Parlimen Malaysia kembali membuka ruang interaksi awam menerusi penganjuran Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 (HTPM 2026) yang berlangsung selama dua (2) hari mulai 12 September 2026 hingga 13 September 2026 di Kompleks Parlimen Malaysia. Bertemakan Merakyatkan Parlimen: Reformasi Institusi Perundangan Negara, acara ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.Penganjuran edisi ketiga ini turut mengambil kira sambutan ulang tahun ke-67 Parlimen yang disambut pada tanggal 11 September saban tahun. Dalam masa sama, penganjuran ini turut dianjurkan bersekali dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 sebagai usaha menggelorakan semangat kebangsaan menerusi kefahaman amalan demokrasi negara.Oleh itu, ini menjadi simbol komitmen institusi Parlimen terhadap menjayakan agenda reformasi yang sedang giat dilaksanakan termasuk usaha ke arah pemerkasaan Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA). Penganjuran HTPM 2026 memberi peluang kepada orang awam secara eksklusif bagi melawat Dewan Negara dan Dewan Rakyat secara dekat tanpa memerlukan janji temu sepanjang tempoh penganjurannya. Walau bagaimanapun, akses ini masih tertakluk kepada ketetapan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298). Kelonggaran akses ini dipercayai memanfaatkan lebih 10,000 pengunjung untuk merasai pengalaman demokrasi berparlimen secara langsung.

Kemaskini Terakhir:
18 September 2026

|

Hits:
155
Penganjuran Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 (HTPM 2026) telah menerima sambutan luar biasa dan melebihi jangkaan bagi tempoh dua (2) hari penganjuran di Kompleks Parlimen Malaysia.
Kemaskini Terakhir:
19 September 2026

|

Hits:
162
Senarai Lain
1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 27 - 37 >