Berita Terkini
control 1control 2control 3


Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah berkenan untuk mengadakan pertemuan bersama YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia hari ini.YTM Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia berkenan meluangkan masa untuk memberikan penerangan peranan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di dalam perkara yang melibatkan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA).Untuk makluman, YTM Tunku Temenggong Kedah akan menghadiri sesi taklimat mengenai (UUKA) oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa Ïnternational Committee Of The Red Cross”(ICRC) dan BSMM bersempena ulang tahun ke-75 Konvensyen Geneva.Bahagian Komunikasi KorporatParlimen Malaysia11 Julai 2024Kredit foto: Julie
Layout space
Kemaskini Terakhir: 12 Julai 2024  Spacer | Spacer Hits: 4721
Layout space


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Parlimen Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM)Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Parlimen Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Ruang Legar Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen hari ini.MOU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM serta disaksikan oleh YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.Selesai MOU, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul telah mempengerusikan perbincangan bersama antara Parlimen Malaysia dan UiTM di Bilik Mesyuarat, Pejabat YPDR.Hadir bersama ialah YBrs. Tuan Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian (Pengurusan) serta Setiausaha-Setiausaha Bahagian.Bahagian Komunikasi KorporatParlimen Malaysia11 Julai 2024Kredit foto: Julie
Layout space
Kemaskini Terakhir: 12 Julai 2024  Spacer | Spacer Hits: 5568
Layout space


YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Global Madani Forum 2024 diadakan di Kuala Lumpur.Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri.Program ini diadakan bagi membahaskan strategi  ke arah kebangkitan ketamadunan Islam dalam tempoh seratus tahun ke hadapan serta usaha kearah pengantarabangsaan gagasan Malaysia Madani.Ianya juga turut menjadi satu pengantara bagi pengumpulan ramai pembentang dari pelbagai sektor akademik dan kepakaran dalam bersama-sama membahaskan persoalan memangkinkan Kebangkitan Peradaban Islam.Bahagian Komunikasi KorporatParlimen Malaysia11 Julai 2024Kredit Foto: Daniel
Layout space
Kemaskini Terakhir: 12 Julai 2024  Spacer | Spacer Hits: 4002
Layout space

Senarai Lain

<   1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 33   >

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/09/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my